Member Search:
  
 


 



hit counter

 Assalamualaikum w.r.t

          Alhamdulillah, akhirnya siap jua laman wed Sejarah Kerajaan Melayu Patani ini. Laman web ini saya dituju khas kepada rakyat Patani yang berada di Selatan Thailand pada masa kini.

Semoga dengan terciptanya laman web ini, saya berharap ia dapat memberi sedikit kesedaran kepada Rakyat Patani tentang kewujudan Patani pada masa lampau yang ianya mempunyai sebuah kerajaan yang berdaulat dan disegani ramai diseluruh dunia dan Patani itu bukanlah sebuah jajahan atau Changwat yang dikenali pada masa kini.

            Dengan terdapatnya dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Thai, dan Inggeris saya berharap ia dapat memberi kememudahan kepada mereka yang tidak tahu membaca dalam Bahasa Melayu dan hanya tahu membaca dalam Bahasa Thai atau Inggeris Sahaja.

            Ampun dan maaf kepada pengeluar buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani kerana tidak mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu tentang isi kandungan yang dimuatkan dalam laman web ini. Tujun saya hanyalah satu, untuk memberi kesedaran kepada rakyat Patani. Ini kerana buku Sejarah Kerajaan Melayu Patani ini sukar untuk diperoleh rakyat Patani di negeri mereka sendiri (diharam oleh kerajaan Siam). oleh itu, kepada para pembaca sama-samalah kita menghadiahkan al-Fatihah kepada pengeluar buku yang amat berharga ini. al-Fatihah.

            Akhir sekali, saya amat berbesar hati sekiranya isi kandungan Sejarah Kerajaan Melayu Patani ini dapat disebarkan kepada seluruh rakyat Patani, terutama dalam Bahasa Thai memandangkan anak-anak dewasa Patani pada masa kini amat kecil bilangannya yang tahu membaca dalam Bahasa Melayu. Dengan pengetahuan sejarah yang ada pada mereka semua, mudah-mudahan ia dapat membangkit semangat juang yang baru kepada rakyat Patani untuk terus berjuang demi menebus kembali negeri yang ditakluki Siam buat sekian lama.

            Terima kasih juga tidak lupa kepada Abang Amirun (dari Patani)  kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dalam kerja menukar isi kandungan sejarah dari Bahasa Melayu kepada Bahasa Thai. Komen dan cadangan dari pembaca, amat dialu-alukan. Sekian, Wassalam..

Ikhlas daripada saya, Khairul.

Sebarang cadangan dan komen sila E-Mail ke  prawat_patani@yahoo.com

Patani National Song

Dengar Lagu

Tekan Untuk Download

Thai seksa militan: Amnesty

BANGKOK: Pasukan keselamatan Thailand mendera suspek dalam usaha memerangi militan dalam menangani pergolakan di selatan negara itu, lapor badan hak asasi manusia, Amnesty International, semalam.

Amnesty menemui 34 kes layanan buruk termasuk memukul, suspek pemisah ditanam sehingga paras leher, dikenakan kejutan elektrik dan tubuh dicucuk dengan jarum termasuk di mata.

Empat suspek maut selepas dipukul teruk ketika dalam tahanan, katanya.

"Seksaan dan layanan buruk lain digunakan secara sistematik oleh tentera Thailand di selatan. Kerajaan perlu menghentikan seksaan dan membicarakan mereka yang melakukannya," kata Timbalan Pengarah Program Asia Pasifik kumpulan itu, Donna Guest, pada pelancaran laporan berkenaan.

Lebih 3,500 orang terbunuh sejak ketegangan meletus lima tahun lalu.
 

2 letupan berhampiran CIQ Golok

SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand): Sungai Golok yang tenang sejak beberapa hari lalu, gempar seketika pagi ini apabila dua butir bom dilaporkan meletup berhampiran Jambatan Muhibah yang menghubungkan Sungai Golok menyebabkan tiga daripada enam pos pemeriksaan baru di Pusat Pemeriksaan dan Kuarantin (CIQ) di sini musnah.

Selang 15 minit kemudian, pos terbabit digegarkan kembali dengan bom yang kedua menyebabkan laluan sibuk di jambatan itu terpaksa ditutup kepada semua kenderaan bagi tujuan pemeriksaan yang lebih ketat dilakukan.

Enam pos baru itu bagaimanapun masih belum beroperasi dan jarak antara pos sedia ada hanyalah kira-kira 100 meter.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku kerana ketika itu tiada sebarang kenderaan yang sedang melalui pos berkenaan. - Bernama

Warga Malaysia demonstrasi menentang kekejaman Thailand

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Hrkh) - Pengerusi Persidangan Negara Islam (OIC), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diselar kelekaannya hingga mengabaikan nasib masyarakat Melayu Islam Patani (Selatan Thailand) yang kini bermandi darah diinjak dan dihina tentera Thailand.

Dalam pada itu beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia dikatakan hanya leka Image sedangkan ribuan umat Islam Thailand telah terkorban sejak konflik Selatan Thailand terjadi, 

kata Salahuddin.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Perdana Menteri Thailand, di Kedutaan Thailand hari ini dalam satu perhimpunan aman.

ImageTurut serta ialah, Timbalannya, Ustaz Nasruddin Hassan @Tantawi; Ahmad Sabki Yusof; Ustaz Idris Ahmad; wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Pertubuhan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia (PKPIM) dan Pengerusi Teras, Azmi Abdul Hamid.

Umat Islam sendiri atas nama persaudaraan Islam pantang dicabar jika saudara mara mereka dihina sedemikian rupa, katanya.

Baginya, Pengerusi OIC yang disifatkan sebagai tidur perlu dikejutkan bagi membela nasib umat Islam lebih-lebih lagi kini umat Islam Selatan Thailand berhadapan dengan lebih 30,000 tentera Thailand yang dihantar General Surrayud Chulanodh untuk memusnahkan populasi Islam di sana.

ImageAgenda ini dilihat seiring dengan agenda negara Barat seperti Amerika Syarikat yang kini dalam misi menghapuskan penganut Islam di merata tempat, katanya.

Sementara itu Ustaz Nasruddin pula berkata, sekeras-kerasnya tindakan biadap dan kezaliman yang dilakukan oleh tentera Thailand sejak dari peristiwa berdarah di Tak Bai dan Masjid Kerisek pada tahun 2004.

"Setitis juga darah saudara seIslam kita di Thailand tumpah ke bumi, maka darah kita juga ada sahamnya," tegasnya diikuti dengan laungan takbir dan hancur Thailand.

 

ImageSeruan dari Rasulullah S.A.W yang membawa maksud "Sesiapa yang tidak mengambil tahu urusan saudara Islamnya, maka dia bukan dari kaum kami".

Ustaz Idris berkata, himpunan itu diadakan bagi menunjukkan solidariti umat Islam di Malaysia ke atas nasib malang yang menimpa umat Islam Thailand, dan himpunan yang serupa akan diteruskan sehingga kekejaman tentera Thailand dihentikan.

Wakil Gamis, Zulkhairi Ahmad pula berkata, pada April 2004, lebih 100 nyawa umat Islam melayang sementara di Kerisek pula mereka dibunuh oleh tentera Thailand ketika sedang bersolat Isyak.

Ini menunjukkan siri kekejaman yang dilakukan oleh tentera Thailand yang kini mendapat sokongan General Surrayudh yang tidak berusaha untuk memulihkan keadaan yang semakin tegang di wilayah tersebut.

_________________________

DERMAWAN 
Orang yang murah hati dan sentiasa memberi bantuan kepada orang lain

Memastikan Amalan Yang Murni ini akan berterusan

Alangkah bahagianya jika kita berjaya melakukan Amalan menderma, Bantu membantu. kerana sistem ini adalah wadah permulaan yang mudah dan mulia, sebagai amalan untuk di teruskan