Di petik dari harian Metro
mymetro Ahad, 22 Julai 2007
myMetro » Tanya Pakar » Anda Musykil Dr.Mashitah Jawab » RSS Feeds » Waktu Solat » Digital » Sejarah Metro » Komen Andaf
|
ANDA MUSYKIL DR.MASHITAH JAWAB bersama Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri
PEMBACA yang ragu-ragu dan ingin bertanya mengenai perkara berkaitan agama boleh menulis kepada:
Pengelola Mimbar, Metro Ahad, di Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. E-mel: mimbar@hmetro.com.my |
Persoal status pemungut derma
Memang kebanyakan daripada kita tidak berkira sangat untuk menghulurkan bantuan, termasuk wang ringgit, dalam jumlah yang termampu.
KETIKA belajar dulu, seorang kawan lebih tua pernah memberitahu, setiap perbuatan baik akan mendapat balasan yang baik.
Maknanya balasan baik itu bukan sekadar pahala daripada Allah SWT, tetapi kita akan menerima perkara yang baik pada masa tidak diduga, seperti bantuan atau pemberian yang tidak disangka.
Namun keadaan ini ada kalanya disalah gunakan sesetengah pihak untuk menipu dan mendapatkan wang mudah.
Antara teknik paling lazim digunakan ialah meminta derma untuk membina masjid di tempat yang kadangkala kita tidak pernah tahu kewujudannya.
Perkara seperti ini menyebabkan ada yang teragak-agak mahu menderma kerana tidak tahu sama ada wang berkenaan benar-benar disalurkan bagi tujuan baik atau ia hanya taktik bagi mendapat wang mudah.
Saya sering rasa bersalah ketika menolak apabila ada orang meminta derma, tetapi pada masa sama saya tidak mahu tertipu.
Dalam soal ini, apakah cara terbaik untuk menyalurkan bantuan jika ia benar-benar diperlukan? Adakah penderma masih dikira berpahala jika rayuan berkenaan sebenarnya satu penipuan?
LAN
Bukit Rambai, Melaka
Memang benar kenyataan bahawa perbuatan baik akan dibalas baik dan begitulah sebaliknya. Ini diperakukan dalam al-Quran dan hadis serta dalam hukum dunia atau hukum karma.
Seorang yang berbuat baik akan ditetap diberi ganjaran oleh Allah SWT atas niatnya, walaupun dia ditipu tanpa pengetahuannya.
Setiap manusia akan diadili berdasarkan niatnya. Penderma mendapat mendapat pahala sedekah kerana menderma dengan ikhlas dan penerima mendapat dosa jika dia menipu orang lain.
Matlamat :
1- Mengeratkan hubungan silatul rahim diantara ahli Dermawan.
2- Memudahan kepada Dermawan untuk saling bantu membantu.
3- Boleh mengiklan barangan perniagaan sendiri di internet secara percuma
Pendaftaran:
1- Isikan borang pendaftaran di halaman utama.
2- Keahlian aktif selama 1 tahun
Klik OK di Member Search untuk dapat E-Directry dan hubungi mereka untuk dapatkan maklumat dan pertanyaan.
.png)
Soi Sembilan, Klongtan, Bangkok, Thailand.